#SuperWomen: Wanita Brunei, Malaysia Yang Membelah Angkasa

Kapten Sharifah Czarena, Senior First Officer Sariana dan Senior First Officer Dk Nadiah.
BANDAR SERI BEGAWAN – Penglibatan golongan wanita  di dalam sektor pekerjaan yang dimonopoli oleh kaum lelaki adalah tidak asing lagi, kerana wanita sekarang mempunyai semangat yang kental dan waja.

Syarikat penerbangan Royal Brunei Airlines memcatat sejarah yang tersendiri apabila tiga wanita berjiwa kental ini menjadi pengemudi bagi penerbangan B1081 dari ibu kota Brunei ke Jeddah, Arab Saudi.

Trio wanita yang dimaksudkan ialah Kapten Sharifah Czarena, Senior First Officer Sariana dan Senior First Officer Dk Nadiah. Ketiga-tiga wanita ini menjadi ikon kebanggaan rakyat Brunei Darussalam.

Berita mengenai kehebatan mereka bertiga menjadi viral dalam kalangan netizen menerusi laman sosial Facebook negara Asia Tenggara itu pada Isnin lalu.


Secara kebetulan mesej tersebut luas disebarkan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-32 Brunei pada 23 Februari lalu bebas merdeka daripada penjajahan Britain.

Di Malaysia, terdapat juga beberapa juruterbang wanita yang berjiwa kental antaranya, Norashikin Onn, Penerima Anugerah Kesatria Kerajaan Malaysia.

Norashikin Onn bersama rakan setugas jurutebang AirAsia
Beliau juga merupakan kapten wanita pertama syarikat penerbangan komersial Malaysia pada 2001 lalu.

Pengalaman beliau berkhidmat dengan syarikat penerbangan tambang rendah Air Asia Berhad melonjakkan namanya menjadi wanita pertama mengemudi pesawat jenis Wide Body Craft, Airbus 330.

Ternyata golongan lelaki bukan sahaja perlu bersaing sesama mereka tetapi turut bersaing dengan golongan wanita berjiwa kental ini. – Kedahnews.com