PERKHIDMATAN Uber yang telah bertapak selama dua tahun di Malaysia menyaksikan kadar permintaan yang tinggi dikalangan pengguna.
Walaupun menerima tentangan daripada pelbagai pemandu teksi di seluruh negara, perkembangan perkhidmatan mereka kian membangun disebabkan servis yang ditawarkan adalah lebih bermutu berbanding perkhidmatan teksi sedia ada.
Uber pada hari ini beroperasi di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Shah Alam, dan terkini mereka turut mencuba perkhidmatan mereka di Ipoh.
Untuk tempoh percubaan, Uber akan menawarkan perkhidmatan mereka daripada 1 hingga 28 Februari 2016 kelak.
Pengenalan perkhidmatan ini di Ipoh selari dengan musim cuti, membolehkan ramai pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut ketika balik ke kampung halaman di Ipoh.
Untuk Uber di sana, caj asas adalah RM1.50, dan caj tambahan dikira berdasarkan gabungan minit dan kilometer perjalanan iaitu masing-masing RM0.20 dan RM0.60.
Berjalan-jalan di bandar Ipoh selepas ini pasti lebih mudah menggunakan perkhidmatan menerusi aplikasi dalam talian ini. -Kedahnews.com