KUCHING - Setakat ini Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak menerima laporan berkaitan gangguan atau halangan terhadap aktiviti nelayan Malaysia oleh kapal pihak berkuasa China di Beting Patinggi Ali.
Pengarah APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit mengesahkan perkara tersebut ketika sidang media di sini semalam.
Menurut Ismaili, selain APMM pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut berada di kawasan tersebut untuk memantau kehadiran Kapal Pengawal China.
“Kita tidak menafikan kewujudan kapal China di Beting Patinggi Ali, namun setakat ini APMM tidak menerima sebarang laporan berkaitan provokasi atau halangan terhadap warga kita oleh pihak berkenaan,” katanya.
Beliau menegaskan, meskipun tidak ada laporan dari nelayan tempatan namun pihak berkuasa akan terus memantau kehadiran Kapal tersebut.
Berkenaan Operasi APMM, beliau memberitahu dalam bulan pertama tahun 2016, lapan tangkapan telah dibuat berdasarkan Akta Perikanan, Ordinan Perkapalan Saudagar dan Ordinan Perhutanan.
Tiga kes tangkapan di Kuching, empat di Miri dan satu di Tanjung Manis.
Menyentuh mengenai slogan sempena Ulang Tahun Ke 11 APMM pada tahun ini “Integriti Sepakat, Maritim Berdaulat”, Ismaili berkata pihaknya akan memperkasakan kerjasama dengan beberapa agensi lain untuk memastikan kedaulatan perairan negara.
“Sebagaimana slogan APMM tahun ini, kita akan meningkatkan kerjasama kesepakatan dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” ujarnya - Kedahnews.com