Pelakon Almy Nadia yang dikatakan kononnya dikongkong oleh suami, Fizz Fairuz kerana jarang muncul di televisyen tampil menafikan dakwaan tersebut.
Almy dalam kenyataannya menegaskan bahawa suaminya itu langsung tiada sebarang masalah sekiranya dia ingin berlakon semula.
“Bukannya Fizz tidak benarkan saya berlakon, jauh sekali dia mengongkong saya cuma dia meletakkan syarat supaya saya tidak mengabaikan keluarga dan juga dirinya," jelas Almy Nadia.
Kata pelakon itu, dia tidak menerima tawaran berlakon dari mana-mana pihak buat masa ini dan menyedari hakikat tentang persaingan yang hadapi dari pelakon-pelakon baru yang hadir dalam industri hiburan tanahair.
"Kalau watak yang diberikan itu sesuai dan tidak mengganggu masa saya, saya tetap akan menerimanya. Cuma, buat masa ini tiada tawaran yang saya terima. Saya juga kena menerima hakikat ketika ini ramai pelakon baru.
“Era sekarang sangat berbeza, sepatutnya rupa perlu diketepikan dan mutu lakonan perlu diutamakan tetapi stesen TV juga mempunyai ciri-ciri tersendiri yang diperlukan dalam drama yang akan disiarkan," katanya lagi.
Biarpun begitu, Almy Nadia tidak terkilan dengan keadaan tersebut dan percaya pada rezeki dari Allah untuk dirinya.
"Saya tidak kecewa pun, mungkin belum rezeki saya. Siapa tahu jika bukan di bawah produksi orang lain, mungkin di bawah syarikat saya sendiri," katanya. -Kedahnews.com