Tidak Dijemput, Kelab Sukan Dedah Sikap Sebenar Muhyiddin Yassin


Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya terkejut dengan kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebooknya yang mendakwa kononnya telah kelab itu telah menjemputnya untuk hadir melancarkan liga bolasepak di sebuah sekolah.

Presiden kelab itu, Dr. Mohamed Nazir Abu Bakar menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput Muhyiddin ke majlis berkenaan, sebaliknya menjelaskan berkemungkian bekas TPM itu hanys diundang oleh salah seorang waris peserta liga itu.

"Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa YB TSMY telah mengeluarkan satu kenyataan di dalam laman Facebook beliau semalam berkenaan majlis pelancaran tersebut.

"YB TSMY dalam kenyataan tersebut menyatakan bahawa beliau telah diundang pihak kami untuk menghadiri majlis perasmian tersebut.

"YB TSMY juga telah menyatakan bahawa pihak sekolah telah kononnya diarahkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengarahkan pihak kami supaya beliau tidak diberi kebenaran untuk berucap," katanya dalam surat yang ditujukan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Norizam Hussin, bertarikh 1 Februari lalu.


Muhyiddin pada 31 Januari lalu memuat naik status di laman Facebooknya mendakwa kononnya dirinya dihalang pihak tertentu untuk berucap di majlis pelancaran Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya di SMK USJ 4 yang menimbulkan persepsi tidak baik di kalangan warga netizen.

Status berkenaan dikatakan telah mendorong ramai netizen untuk beranggapan kononnya beliau telah dihalang pihak tertentu yang merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggugurkan Muhyiddin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Berikut adalah surat yang dikirimkan oleh Dr Mohamed Nazri menjelaskan perkara sebenar yang berlaku, sekaligus mendedahkan sesuatu tentang sikap sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan. -Kedahnews.com