TIGA lelaki Australia dilaporkan telah bebas daripada hukuman penjara walaupun ketiga-tiganya mengaku bersalah merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika bercuti di Croatia, baru-baru ini.
Difahamkan, ketiga-tiga pesalah itu, Dylan Djohan, 23, Ashwin Kumar, 23, dan Waleed Latif, 21, memberikan suapan dalam bentuk rasuah wang berjumlah RM131,285 (US$31,594) kepada pendakwaraya yang mengendalikan kes mereka di Croatia.
Mereka sepatutnya menjalani hukuman penjara selama setahun berhubung kesalahan jenayah itu, namun telah dibebaskan dan kini ketiga-tiganya sudah pun kembali ke kediaman mereka di Victoria, Australia.
Ramai netizen mengecam tindakan pihak berkuasa yang sewenang-wenangnya melepaskan penjenayah yang memberikan sogokan kepada pihak yang sepatutnya menegakkan keadilan dan kebenaran. –Kedahnews.com