Indah tidak tergesa-gesa untuk berkahwin biarpun sudah hampir tiga tahun mengikat tali pertunangan. |
Penyanyi Indah Ruhaila tidak tertekan untuk segera menamatkan zaman solonya biarpun sudah mengikat tali pertunangan hampir tiga tahun lalu.
Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 29, berkata, soal perkahwinan bukan sesuatu yang boleh diambil ringan dan dia ingin memastikan benar-benar bersedia sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
"Ramai yang bertanya bila saya hendak berkahwin memandangkan rakan-rakan seangkatan sudah pun berumah tangga.
"Saya tidak tertekan dengan soal itu kerana bagi saya banyak perkara perlu dipertimbangkan kerana perkahwinan yang ingin dibina bukan untuk sehari dua.
"Insya-Allah jika sudah sampai masanya, saya sendiri akan umumkan kepada semua," katanya kepada mStar Online.
Indah berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebelum ini yang ingin menamatkan zaman solonya pada tahun ini.
Dalam pada itu, Indah berkata, dia dan tunangnya sepakat untuk tidak terburu-buru berkahwin kerana masing-masing belum bersedia ke arah tersebut.
Malah kata Indah, mereka berdua ingin mengukuhkan karier masing-masing terlebih dahulu selain membuat persediaan lain.
"Seperti saya, jadual memang padat dan tahun ini adalah masanya untuk saya kembangkan karier ke tahap lebih tinggi dan Alhamdulillah tunang saya banyak memberi sokongan.
"Malah dia sendiri sedang memperkukuhkan kariernya dan mahu kami sama-sama fokus terhadap kerjaya sebelum berkahwin," ujarnya.
Tambah Indah, keluarga kedua-dua belah pihak juga tidak memberi tekanan agar mereka segera berkahwin dan memahami situasi mereka.
"Jujurnya siapa yang tidak mahu berkahwin? Saya juga seperti kebanyakkan wanita lain mengidamkan sebuah keluarga bahagia.
"Belum jodoh kami dan Alhamdulillah keluarga pun memahami dan tidak memberi tekanan agar kami segera berkahwin," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Indah berkata, dia bakal memasuki studio dalam masa terdekat untuk merakamkan single ketiganya hasil ciptaan Omar K.
Selain itu, dia kini giat mempromosikan lagu Disebalik Takdir selain memenuhi undangan nyanyian.
Sumber: mStar