KUALA LUMPUR – Tiket konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada pada 27 Februari di Istana Budaya (IB) di sini, mencatat rekod tersendiri apabila muncul menjadi harga tiket paling mahal pernah dijual di panggung tersebut.
Persembahan muzikal khas itu diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan ke-85 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Induknya, Datuk Mohd. Aizuddin Mohd Ghazali.
Lebih unik waima dianggap termahal dalam sejarah IB, tiket yang berharga RM5,000 untuk 100 tempat duduk itu dilaporkan telah habis dijual hanya dalam masa seminggu selepas tarikh penjualan bermula 27 Januari lalu.
“Sebelum ini Konsert Malam Keajaiban Cinta oleh penyanyi Indonesia, Rossa tahun lalu adalah termahal di IB dengan nilai RM1,500 tetapi konsert kali ini sudah pecah rekod itu,” katanya dalam sidang media di sini, Rabu.
Namun kata Mohd. Aizuddin lagi, hasil daripada jualan kesemua tiket tersebut akan disalurkan kepada Yayasan Luhur Nurani bagi tujuan kebajikan khususnya buat pendidikan golongan pelajar miskin di seluruh Pahang.
“Sambutan terhadap jualan tiket dan penajaan konsert diraja ini juga amat menggalakkan, malah setakat ini kira-kira 80 peratus daripada sejumlah 1,300 tiket sebenarnya telah pun habis dijual kepada masyarakat,” kata beliau.
Apa yang lebih menarik, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom sendiri dijangka turut berkenan mencemar duli hadir ke konsert istimewa tersebut yang akan bermula pada pukul 8.30 malam itu.
Acara julung kali ini dianjurkan Luhur Nurani dengan kerjasama Persatuan Siswazah Warisan, Pertubuhan Strategis Bersatu serta Yayasan ALMAS dan dinaungi adinda Sultan Pahang, Datuk Seri Tengku Kamarulzaman.
Konsert dijayakan artis menerima anugerah gelaran Datuk daripada Sultan Pahang iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk David Arumugam Alleycats, Datuk Yusni Hamid, Datuk Rossa dan Datuk Leonard Tan.
Bersempena dengan penganjuran konsert khas tersebut, satu pameran diraja yang berjudul “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” juga akan berlangsung di pusat kesenian IB bermula dari 24 hingga 27 Februari depan.
Tengku Kamarulzaman bertitah pameran itu akan memaparkan koleksi gambar menceritakan kehidupan Sultan Pahang dari zaman diputerakan termasuk koleksi peribadi yang belum pernah dipertontonkan kepada umum.
“Insya Allah kita menjangkakan pameran unik ini bakal menarik lebih 100,000 orang pengunjung dan ia turut terbuka kepada orang ramai untuk masuk secara percuma,” titah baginda lagi. – Agensi