Tun Dr Mahathir Isytihar Diri Keluar UMNO Sekali Lagi


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan sekali lagi mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tun Dr Mahathir berkata, beliau membuat keputusan itu kerana melihat UMNO bukan lagi UMNO dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.

“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini sebagaimana yang dipetik dari laporan portal pro-pembangkang, Malaysiakini.

Tun Dr Mahathir pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Beliau bagaimanapun, kembali menyertai UMNO semula pada 2009 dengan menyerahkan borang keahlian parti bersama isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali kepada Mohd Najib selepas Abdullah berundur. -Kedahnews.com