Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan |
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan berkata, sepatutnya sukan tidak wajar dicampuradukkan dengan politik kerana itu bukan budaya rakyat Malaysia.
"Ini bukan tradisi rakyat Malaysia dan sepatutnya kita menjadi contoh kepada orang lain kerana pelantikan menteri, timbalan menteri dan menteri besar adalah bidang kuasa perdana menteri, perkara ini tidak seharusnya berlaku.
"Pelantikan semua ini di bawah bidang kuasa perdana menteri, takkan sebab kita nak tukar menteri besar mereka nak mintak perdana menteri turut letak jawatan.
"Itu tak patut berlaku," katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Pertandingan Sukan Elektronik Asia Tenggara 2016, di Menara KBS, Putrajaya, hari ini.
Pada Isnin lalu sekumpulan anak muda ‘bersatu padu’ menyanyikan lagu itu di hadapan 20,000 penyokong bola sepak yang hadir di stadium itu.
Lagu itu dinyanyikan sekumpulan ultras bola sepak Kedah sebagai sokongan kepada Mukhriz untuk kekal memegang jawatan itu.
Video selama 1.56 saat itu memaparkan kumpulan berkenaan berulang kali berkata “Kami Nak Najib undur” sambil mendapat tepukan daripada penyokong yang hadir di stadium berkenaan.
Sementara itu, pada majlis sama, Malaysia mengorak langkah transformasi sukan dengan buat pertama kalinya akan menjadi tuan rumah Pertandingan Sukan Elektronik Asia Tenggara 2016 membabitkan tujuh negara di rantau ini.
Sukan ini dikenali Asean Games for E- Sports 2016 (Ages 2016) akan berlangsung bermula 18 hingga 20 Mac ini bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam dengan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta.
Tiga permainan elektronik yang dipertandingkan antaranya ialah Defence of the Ancients 2 (DOTA 2), FIFA 16 dan Counter Strike: Global Offensive (CS:GO).
Sumber: Sinar Harian