VIDEO: Kritik Guru Sekolah Kebangsaan "Cincai", Adik Neelofa Dikecam

Nur Ameera
Gara-gara perkongsian video yang memberikan pendapat peribadinya berhubung isu mengenai guru-guru yang mengajar di sekolah kebangsaan dan sekolah antarabangsa, adik Neelofa iaitu Nur Ameera dikecam hebat netizen.

Ini kerana menerusi video dikongsikan di laman Youtube itu, Ameera ada menyatakan bahawa cikgu mengajar di sekolah kebangsaan tidak berfikir di luar kotak malah sering melakukan kerja dengan "cincai" (ambil mudah).

Berpengalaman menimba ilmu di lima buah sekolah berlainan sebelum ini termasuk kedua-dua jenis sekolah kebangsaan dan antarabangsa, Ameera mengatakan dia lebih menggemari cara didikan guru di sekolah antarabangsa.

Untuk makluman, Ameera kini sedang menuntut di sebuah sekolah antarabangsa yang terletak di ibu kota.

Walaupun ada yang kurang senang dengan kritikan adik Neelofa namun tak kurang juga ada yang bersetuju dengan pandangan gadis berusia 16 tahun itu. – Kedahnews.com