VIDEO VIRAL: Sayu Melihat Keadaan 130,000 Bayi Yang Dilahirkan Ketagih Dadah


IBU yang hamil kebiasaannya amat hati-hati dalam mengambil ubat-ubatan tertentu ketika diserang penyakit kerana kita semua cukup sedar akan bahaya dadah yang mampu menjejaskan kandungan sewaktu proses kehamilan.

Namun, pernahkah anda terfikir yang bayi boleh menjadi ketagih dadah?

Apa yang mengejutkan ialah menurut sebuah laporan, terdapat lebih 130,000 bayi di Amerika Syarikat dilahirkan dalam keadaan bergantung kepada pengunaan dadah sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Video yang dimuatnaik oleh saluran Youtube AJ+ bertajuk “Theses Babies Were Born Addicted To Drugs” yang dimuatnaik baru-baru ini telah mendapat lebih 63 juta tontonan di laman Facebook.


Ia mendedahkan bagaimana bayi yang dilahirkan oleh penagih dadah akan mengalami simpton ketagihan, seperti ibunya.

Apa yang lebih memilukan ialah apabila melihat bagaimana pergerakan kaki bayi yang menggigil akibat ketagihan dadah jenis Opiad (sejenis heroin).

Clorissa Jones, ibu kepada dua bayi comel yang ketagih dadah membuat pengakuan bahawa dia sedang mencucuk heroin ketika hampir melahirkan bayinya.

Walau bagaimanapun, dia yang kini mendakwa sudah ‘bersih’ daripada pengaruh dadah terpaksa melihat kesan perbuatannya ke atas si anak. –Kedahnews.com