Pasha bersama isterinya Adelia |
KETUA pertubuhan media, Aliansi Jurnalis Independen (AJI) Kota Palu iaitu Mohammad Iqbal Rasyid kesal dengan sikap Wali Kota yang baru dilantik iaitu Pasha (Ungu) kerana bersikap kurang sopan dengan pihak media.
Mohammad Iqbal berkata, bekas vokalis Ungu itu juga tidak melayan permintaan pihak media yang mahu menemuramahnya.
"Kami kesal dengan sikap beliau kerana di era keterbukaan informasi ketika ini kenapa dia masih bersikap seperti itu?" ujarnya.
Seperti dipetik Antara Sulteng, wartawan MNC Grup, Ridwan berhadapan dengan insiden dimalukan apabila permintaanya ditolak.
Menurut Ridwan, Pasha dengan sinis berkata : "Saya sekarang sudah bekerja di pejabat dan bukan lagi artis. Kamu cuma penyumbang sahajakan."
Bukan hanya Ridwan, Pasha tidak melayan mana-mana media lain yang datang untuk membuat liputan khas terhadap kegiatannya sebelum menerima pelantikan secara rasmi sebagai Wali Kota Palu.
Penyanyi itu terus menjauhi media untuk bertanya tentang perancangannya selepas rasmi menjadi orang bertanggungjawab daerah itu.
Bagaimanapun, Pasha dilihat melayan beberapa peminat yang ingin mengambil gambar bersamanya selepas perlantikan berkenaan.
Pihak media berharap, Pasha dapat memberikan penjelasan tersebut dan mengubah sikapnya.
"Dahulu dia memerlukan media untuk sokongan dan mendapat undian daripada penduduk, namun sekarang sikapnya sungguh memalukan," ujarnya.
Wali Kota ialah satu jawatan politik iaitu ketua bagi sesebuah daerah yang dipilih berdasarkan undian rakyat.
Sumber: mStar