Perubahan mungkin berlaku di Iran sedikit masa lagi dengan negara itu dijangka menghadapi ‘tsunami’ pelancong asing berikutan perjanjian bersejarah berkait dengan nuklear.
Perjanjian itu yang ditandatangani awal Julai lalu, sekiranya terlaksana seperti yang ditetapkan, akan menyaksikan sekatan masyarakat antarabangsa terhadap negara itu ditarik balik.
Dengan keadaan yang dilihat akan semakin bertambah baik, pantai negara itu, seni bina Islam yang mengagumkan serta makanan yang hebat akan menjadikan Iran destinasi yang ‘mesti dikunjungi’ tahun depan.
Ketika ini, orang asing menganggap negara itu teramat konservatif dan rakyatnya kuat berpegang pada agama, menjalani kehidupan terhad.
Bagaimanapun, imej yang dipaparkan berikutnya mendedahkan keadaan sebenar di jalan raya negara itu, khususnya dalam kalangan golongan muda yang lebih berfahaman sederhana dan santai berbanding generasi sebelum mereka.
Sepanjang dua tahun lalu, jumlah pelancong asing yang datang melawat negara itu meningkat 12 peratus.
Antaranya ialah jurugambar Perancis Bernard Russo yang mendokumentasikan kehidupan golongan muda Iran ketika kunjungannya ke negara itu baru-baru ini dan kemudian memuat naik imej itu di laman Instagramnya.
Sumber: myMetro