Serene Lim Xinhui |
SINGAPURA - Seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia pada Ahad lalu selepas dia mengalami sawan semasa sesi tuina (urut terapeutik Cina) di sini.
Serene Lim Xinhui, bekas pemegang biasiswa agensi pembangunan perusahaan Spring Singapore, baru sahaja meletakkan jawatan di Spring minggu lalu dan dijangka memulakan tugas baharunya di sebuah bank pada Isnin, sehari selepas kematiannya.
Akhbar harian petang Cina, Lianhe Wanbao melaporkan bahawa dia telah memberitahu ibunya pada waktu petang sebelum kejadian bahawa dia mahu membuat rawatan muka di Orchard Road.
Selepas itu dia dipercayai pergi membeli-belah dan kemudian ke Klinik Perubatan Bersepadu Cina Qing Kang di pusat membeli-belah Midpoint Orchard untuk sesi tuina selama dua jam pada kira-kira pukul 7.30 malam.
Bagaimanapun pada pertengahan sesi, badannya mula menggeletar dan dia berada dalam keadaan koma.
Seorang pekerja pusat itu kemudian menghubungi Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Pihak SCDF memberikan bimbingan melalui telefon untuk melakukan bantuan pernafasan kepada Lim.
SCDF turut menghantar ambulans yang membawanya ke Hospital Tan Tock Seng, di mana dia disahkan meninggal dunia pada kira-kira 8.50 malam.
Polis belum mengklasifikasikan kes itu sementara menunggu keputusan siasatan koroner.
Siasatan sedang dijalankan.
Ji Furong, pengarah klinik, memberitahu The Straits Times bahawa Lim telah mendaftar untuk sesi tuina melalui laman diskaun Groupon.
Walaupun klinik itu baharu sahaja beroperasi, dia dan suaminya juga menyediakan perkhidmatan di satu lagi klinik perubatan tradisional Cina di Jalan Bukit Merah, yang dibuka kira-kira lima tahun yang lalu.

Sumber: mStar