ALOR SETAR - Seorang wanita warga emas rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di sini, awal pagi semalam.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Helmi Abu Husin berkata mayat Che Fadziah Othman, 59, ditemukan di dalam bilik tidur di bahagian tingkat atas rumah dua tingkat itu.
"Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan dua buah rumah dua tingkat itu pada pukul 4.02 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira lapan minit kemudian.
"Semasa tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan kami dimaklumkan oleh jiran bahawa mangsa masih terperangkap. Anggota bomba terpaksa memecahkan pintu balkoni di bahagian atas bagi mencari mangsa. Mayat mangsa dijumpai di penjuru bilik berhampiran tingkap dalam keadaan tersandar di dinding," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ketika kejadian anak perempuan mangsa berusia 38 tahun dan cucu perempuan, 8 tahun, berjaya menyelamatkan diri, katanya.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat, katanya.
Mohd Helmi berkata api dapat dikawal sepenuhnya 20 minit kemudian dan operasi memadam ditamatkan pada pukul 6.29 pagi. - BERNAMA