![]() |
Gambar Hiasan |
KULIM - Seorang warga emas Faziah Lazim, 61, dari Kampung Tok Rasul, Simpang Tiga Keladi di sini, yang terlantar koma sejak tiga tahun lalu, memerlukan bantuan apabila keadaannya kini semakin uzur.
Keadaan kesihatanya terus merosot selepas menjalani satu pembedahan di kepala akibat terjatuh di bilik air tiga tahun lalu sehingga beliau akhirnya terlantar koma dan sebahagian tempurung kepalanya telah dibuang.
Menurut anak lelakinya, Mohd Suhaimi Md Isa, 28, akibat keadaan itu ibunya kini perlu dibantu seperti mencuci dirinya termasuk urusan makan dan minum.
"Untuk makanan ibu hanya diberikan cecair susu dengan menggunakan saluran getah oleh keluarga setiap hari," katanya kepada Bernama di rumah ibunya di sini, Isnin.
Mohd Suhaimi, seorang anggota tentera, merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, kini mengambil tanggungjawab sepenuhnya menguruskan kehidupan harian ibunya.
Beliau yang bertugas sebagai juruteknik di Pangkalan Tentera Udara (TUDM) Butterworh, Pulau Pinang berkata pendapatannya tidak seberapa selain bertanggungjawab menguruskan kehidupan keluarga sendiri dan telah mempunyai seorang anak.
"Perbelanjaan untuk harga susu minuman ibu saya memerlukan sebanyak RM1,200 sebulan dan lampin pakai buangnya pula RM300 sebulan dan atas rasa tanggung jawab saya lalui juga," katanya.
Beliau berkata ibunya mendapat bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim (JKM) dan RM800 setahun dari Jabatan Zakat Negeri Kedah.
Sementara itu Pegawai JKM Daerah Kulim, Mohd Zarir Khozali ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat kes Fazia selain membertimbangkan tambahan bantuan kepadanya.
Individu yang bersimpati boleh menghubungi Mohd Suhaimi melalui talian 0124983299 atau pun menyalurkan bantuan melalui akaun Maybank beliau 158163177222. - BERNAMA