Pelawak terkenal, Zizan Razak akhirnya mengaku bahawa dia dan bekas isteri kepada Datuk Eizlan Yusof, Vie Shanti Harun pernah keluar bersama untuk menonton wayang.
Meskipun begitu, Zizan menepis dakwaan yang mengatakan mereka keluar berdua, sebaliknya mereka keluar ditemani ahli keluarga masing-masing.
“Ya, memang betul kami pernah keluar menonton wayang bersama tetapi bukan berdua. Dia ditemani keluarganya begitu juga dengan saya. Hubungan antara kami berdua hanyalah sebagai kawan sahaja.
Zizan turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan Vie Shanti hanyalah rakan biasa dan enggan dikaitkan mempunyai hubungan lebih dari itu dengan bekas isteri Eizlan berkenaan.
“Kami hanya berkawan, kalau jumpa pun atas urusan kerja dan perniagaan. Cukuplah ini sahaja komen saya, saya tak mahu memanjangkan perkara ini.
“Sebelum ini, dia sendiri sudah mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram jadi bagi saya itu sudah mencukupi” jelas Zizan. -Kedahnews.com