Di negara kita, masih ada wujud lagi golongan miskin tegar yang hidup dalam kesempitan hidup dan mendapat perhatian penuh dari pihak kerajaan yang berusaha mencari jalan mengubah nasib masa depan mereka ke arah yang lebih baik.
Namun begitu, ada juga di kalangan rakyat di negara ini yang dikurniakan Allah SWT dengan rezeki yang melimpah ruah sehingga mampu memiliki pelbagai koleksi barangan mewah dan hidup senang lenang di kediaman yang bagaikan istana.
Namun lain pula halnya di London apabila kota tersebut menjadi lokasi tumpuan anak-anak orang kaya untuk menunjuk-nunjuk harta kekayaan keluarga mereka secara terbuka dan seolah-olah megah dengan apa yang mereka miliki.
Berlagak hebat atau tidak, ada yang merakam gambar mengelap kasut dengan wang kertas not $50 Pound Sterling.
Kertas tisu di dalam kotak tisu pula dikeluarkan dan digantikan dengan wang kertas bernot besar, menunjukkan anak orang kaya menggunakan wang untuk mengelap hingus.
Rata-rata dari mereka melaram dengan mempamerkan gaya hidup mewah masing-masing seperti pulang ke universiti dengan kereta mewah bersalut emas, terbang dengan jet peribadi dan menunjuk-nunjuk wang mereka yang "bersepah".
Semua gaya hidup 'terlampau' itu dipaparkan di instagram @richkidslondon yang baru wujud selama beberapa minggu, namun telah berjaya mengumpul lebih 42,000 pengikut dalam tempoh yang sangat singkat.
Sebelum ini, terdapat juga akaun lain yang popular dengan tujuan sama adalah "rich kids of instagram" yang mengumpulkan foto-foto orang muda kaya dari serata dunia. -Kedahnews.com