Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. |
KUALA LUMPUR - Seramai 54,000 warganegara Malaysia telah melepaskan status kerakyatan mereka sejak 2010, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pada tahun ini sahaja, Ahmad Zahid berkata seramai 1,102 rakyat Malaysia telah memilih untuk keluar daripada kewarganegaraan mereka, dengan jumlah sehingga 367 orang sebulan.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) pada Isnin.
Menurut statistik kementerian, 8,076 rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka tahun lepas.
Pada tahun 2014, seramai 7,843 rakyat Malaysia mengucapkan selamat tinggal kepada negara ini, 6,678 pada tahun 2013, 11,080 pada 2011 dan 10, 644 pada 2010.
Tahun lalu, seramai 2,200 rakyat Malaysia juga telah mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka apabila mereka melepaskan kewarganegaraan dan meninggalkan negara ini, menyebabkan aliran wang keluar sejumlah RM154.6 juta.
Terdapat kira-kira satu juta orang yang lahir di Malaysia tetapi menetap di luar negara sebagai ekspatriat, penduduk tetap atau sebagai rakyat di negara-negara baharu mereka.
Sumber: mStar