6 Gambar: Jihan Muse Sah Jadi Milik Ungku Hariz

Jihan Muse dan suami di majlis pernikahan mereka.
TAHNIAH buat pengacara Jihan Muse atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 33, yang selamat bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz Faizal, 31 dalam satu majlis yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam kira-kira 3.20 petang semalam

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Jihan dan disaksikan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.

Jihan yang kelihatan begitu gembira, cantik menggayakan busana dari pereka terkenal Rizman Ruzaimi.


Dia menerima mas kahwin RM300 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.

Pihak pengantin lelaki turut memberikan 5 dulang hantaran dan dibalas jumlah yang sama oleh pengantin perempuan.



Jihan yang ditemui selepas bergelar isteri, meluahkan rasa gembira kerana hubungan yang dibina sejak 9 tahun akhirnya berhujung di jinjang pelamin.

“Saya gembira semua berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan pada saat-saat terakhir kerana kami sibuk dengan tuntutan kerja,” ujarnya.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara Naza TTDI, Shah Alam.