8 Impian Yang Boleh Dilakukan Jika Berhenti Merokok

MENGIKUT harga rokok semasa, rata-ratanya harga bagi setiap kotak rokok yang dijual adalah RM15 hingga RM17.50.

Namun, jika anda tidak membelanjakannya untuk membeli rokok, purata simpanan sebulan yang berjaya disimpan adalah sebanyak  RM450 hingga lebih RM500.

Ini antara senarai perkara lain yang boleh dilakukan dengan jumlah wang yang digunakan untuk membeli rokok setiap hari.

1- Tunai Haji dalam tempoh 2 tahun.


Sekiranya dihimpun wang yang dijimatkan RM450 atau RM500, anda akan berjaya mengumpul wang tabungan sebanyak lebih dari RM10,000 dalam tempoh 2 tahun. Wang berkenaan boleh adalah cukup untuk membiayai kos menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Jika "diperam" di dalam akaun sementara menunggu giliran menunaikan Haji, kira sendiri jumlah tabungan anda beserta wang dividen dan bonus tahunan dari Tabung Haji.

2 - Tunai umrah dalam tempoh setahun 6 bulan.


Jika dijimatkan wang berkenaan, anda juga berpeluang untuk ke menziarahi maqam Rasulullah SAW dan menunaikan umrah di Makkah. Jumlah wang terkumpul bagi tabungan RM450 sebulan selama 18 bulan adalah berjumlah RM8,100 dan ia adalah cukup bagi menampung kos umrah untuk seorang.

3- "Upgrade" kereta.


Jika sehari wang yang dibelanjakan untuk membeli rokok adalah RM 15.00, untuk sebulan wang yang dibelanjakan adalah lebih kurang RM450 dan jika dicampur dengan ansuran kereta yang dibayar sekarang, sudah lebih RM 1,000.00 bukan? Jadi kini anda boleh memiliki kereta yang lebih besar dan selesa.

4- Makan mahal.


Mengikut perkiraan kasar, RM 450.00 itu bersamaan dengan 12 kali sesi menikmati kopi di Starbucks untuk dua orang, 2 kali makan buffet daging di Restoran Samba Brazillian Steakhouse bersama pasangan dan pelbagai lagi restoran ekslusif. Kalau tidak berbelanja wang tersebut untuk rokok, memang ada banyak duit lebih sebenarnya.

5- Bercuti/melancong.


Jika duit rokok disimpan selama tiga bulan, ia akan menjadi sebanyak RM 1350.00. Itu sudah cukup untuk menikmati pakej ‘weekend gateway‘ bersama pasangan masing-masing. Yang penting bawa isteri yang sah, bukan awek atau tunang.

6- Barangan Elektrik.


Jika anda baru berkahwin atau bakal berkahwin, antara dua item terpenting untuk dimiliki adalah peti sejuk dan sebuah mesin basuh. Ia baru memakan perbelanjaan rokok untuk lebih kurang 3 bulan bagi setiap item tersebut dan boleh digunakan sekurang-kurangnya 10 tahun.

7- Ubah suai rumah.


Berhasrat untuk mengubah suai dapur atau mana-mana bahagian di dalam rumah? Jika anda tidak berbelanja rokok untuk setahun, anda boleh menyimpan sebanya RM 5,400.00 dan boleh ditambah sedikit dengan wang simpanan anda.

8- Simpanan


RM 450.00 sebulah adalah nilai yang besar untuk menjadi simpanan bulan. Dalam 10 bulan sahaja, wang ini akan menjadi RM 4,500.00 dan boleh digunakan sebagai duit pendahuluan booking rumah ataupun kereta. Juga boleh disimpan di dalam bank sahaja untuk kegunaan masa depan.

Kedahnews.com yakin bahawa 8 perkara di atas hanyalah sebahagian kecil dari perkara-perkara yang boleh dicapai sekiranya anda berhenti merokok dan menyimpan bajet rokok anda itu secara konsisten pada setiap bulan.

Cuma, kuatkan diri untuk berhenti merokok, pilih sasaran impian anda dan anda boleh kecapi hidup yang sihat bersama yang tersayang. -Kedahnews.com