ABC "Gergasi" Di Pantai Tanjung Aru Kini Trending Di Sabah


Tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia suka makan dan dalam usaha untuk menarik minat pelanggan, penjual selalunya bijak mengetengahkan sesuatu yang kreatif dan unik.

Tidak hairanlah jika idea sebuah kedai makan yang menjual manisan ABC setinggi menara berjaya menonjolkan kelainan mereka.

Terletak di Pantai Tanjung Aru, Sabah, Restoran Pondok Pantai ini menjadi trending dan buah mulut di kalangan penduduk tempatan.

Banyak perkongsian gambar ABC yang boleh didapati di laman sosial Instagram, dimuat naik oleh pelanggan yang cukup berpuas hati dengan pemanis mulut gergasi yang dihidangkan dalam kulit kelapa itu. -Kedahnews.com