SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah salah satu agensi yang bertanggungjawab untuk menerima aduan berkaitan isu telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan pos dan juga beberapa bidang atas talian.
Seperti beberapa suruhanjaya atau agensi lain, pengguna boleh membuat aduan kepada SKMM melalui beberapa saluran, dan terkini mereka memperkenalkan sokongan membuat aduan melalui WhatsApp.
Melalui WhatsApp, pengguna hanya perlu menghantar mesej mereka kepada nombor SKMM di 016 220 6262. Talian khas SKMM ini beroperasi dari pukul 9 pagi ke 5 petang setiap Isnin ke Jumaat.
SKMM mengatakan mereka akan memberikan perakuan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam.
Seperti biasa, dengan pengenalan kebolehan membuat aduan melalui WhatsApp ini, ia akan memudahkan lagi para pengguna membuat aduan, dan memastikan pelbagai penyedia perkhidmatan beroperasi seperti yang dijanjikan. –Kedahnews.com