Ternyata beberapa insiden yang kurang enak didengar sepanjang musim perlawanan bola sepak tanah air musim ini.
Sudahlah dikejutkan dengan penyokong Melaka United dan Negeri Sembilan bergaduh semasa perlawanan antara dua pasukan itu berlangsung di Stadium Hang Jebat.
Lain pula kisahnya yang berlaku di Sadium Darul Aman, heboh dilaman sosial Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ‘diboo’ peminat-peminat bola sepak ketika perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah menentang Kelantan di Stadium Darulaman, malam semalam.
Kedah bertemu Kelantan dalam persaingan Liga Super dan perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 berpihak kepada tuan rumah.
Gol Kedah dijaringkan Carlos Eduardo pada minit ke-67 dan Mohd Syafiq Ahmad di minit ke-81, manakala jaringan saguhati pelawat disumbangkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-29.
Ahmad Bashah dikatakan telah di’boo’ oleh sebahagian dari 17,000 penonton yang hadir menyaksikan pelawanan diantara skuad Helang Merah menentang pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warrior.
Kehadiran Bashah di Stadium Darul Aman buat julung kalinya setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ternayata mendapat sambutan yang ‘luar biasa’ dari penyokong pasukan kedah.
Malah bukan itu sahaja, menerusi satu lagi rakaman video menunjukkan Ahmad Bashah di’boo’ ketika berada dalam kereta untuk pulang selepas perlawanan selesai. -Kedahnews.com