ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah menzahirkan penghargaan beliau kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang bertanggungjawab membina kompleks membeli belah Aman Central yang diiktiraf antara yang terbaik dunia itu.
Merakam tanda rasa terima kasihnya kepada bekas Menteri Besar itu, Ahmad Bashah yakin ia mampu meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan memajukan negeri Kedah ke peringkat yang lebih membanggakan.
"Dari sebuah projek terbengkalai, kini telah menjadi sebuah kompleks beli-belah yang moden dan selesa bagi rakyat Kedah, berkat usaha sahabat saya Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.
"Walaupun ideologi politik kami berbeza, namun matlamat kami sama, bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan memajukan negeri kita," katanya yang dipetik dari laman Facebook rasmi beliau, semalam.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah semalam sudi mencemar duli merasmikan kompleks membeli-belah Aman Central dan turut diiringi oleh Pengerusi dan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Pada majlis itu, baginda kemudiannya turut diringi melawat sebahagian dari 300 lot premis perniagaan di kompleks membeli belah yang menjadi mercu tanda bandaraya Alor Setar tersebut.
Kompleks Aman Central memulakan operasi pada 1 Oktober 2015 dengan purata 1.2 juta pengunjung setiap bulan.
Ahmad Bashah dalam ucapannya di majlis berkenaan berkata, pembinaan Aman Central merupakan mercu tanda baru yang boleh memakmurkan lagi status bandaraya Alor Setar dan membanggakan seisi rakyat Kedah.
“Titik sentuhan Kumpulan Belleview melakar kejayaan baru Alor Setar dengan penjenamaan sebagai sebuah negeri yang mempunyai kompleks membeli-belah setanding Kuala Lumpur.
“Portal CNN juga melabelkan Aman Central antara 12 bandar raya membeli-belah terbaik di dunia,” katanya.
Menurutnya, Aman Central berjaya merangkul anugerah ‘Highly Commended Asia Pacific Property Awar for the Retail Development Malaysia Category in the International Property Awards 2015/2016’ yang mengiktiraf antara pusat membeli-belah yang terunggul di rantau Asia Pasifik.
“Kedah berpotensi besar untuk menjadi lokasi pelancongan paling popular di rantau ini selain mempunyai keunikan tersendiri yang boleh kita banggakan,” jelasnya lagi.
Kompleks yang berkeluasan 800,000 kaki persegi itu dibina atas tapak pembinaan Kompleks Perniagaan Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu. -Kedahnews.com