Pelakon Anazalna Nasir menegaskan bahawa dirinya bukanlah seperti wanita atau selebriti lain yang terlalu mengambil berat atau fanatik tentang penjagaan serta kecantikan wajah.
Menurut pelakon jelita itu, dia lebih suka berhabis wang untuk membeli baju, beg tangan dan pelbagai aksesori kerana barangan tersebut terlihat di hadapan mata berbanding barangan penjagaan wajah.
“Saya akur kerja sebagai pelakon memerlukan saya menjaga wajah dan penampilan diri, tetapi saya bukan seorang yang menjaga kecantikan. Saya malas untuk memakai pelembab muka dan sebagainya,” kata Anzalna.

Jelasnya lagi, adalah agak susah untuk dirinya berbelanja untuk kecantikan memandangkan dia lebih suka "shopping" kerana boleh nampak barangan yang dibeli dengan jelas.
“Untuk saya membelanjakan wang demi kecantikan adalah perkara yang agak sukar, kerana saya lebih suka berbelanja membeli barang yang nampak hasilnya.
“Kulit saya juga sensitif jika mengenakan solekan untuk jangka masa lama jadi saya lebih hati-hati dan berbelanja mengikut keperluan sahaja bila berkaitan wajah,” katanya lagi.
Menyentuh tentang karier Anzalna menjelaskan, dia kini memilih untuk memberi keutamaan kepada suami, Hanif Zaki dan rumah tangganya. -Kedahnews.com