Asyik ‘Speaking’ Saja, Yuna Disuruh Cakap Melayu Di Twitter


Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 29 merupakan anak tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri hiburan antarabangsa khususnya di Amerika Syarikat.

Setelah agak lama tidak mendengar khabar penyanyi kebanggaan rakyat Malaysia yang mula melonjak namanya menerusi lagu Dan Sebenarnya ini, Yuna diberitakan bakal muncul dengan album antarabangsa terbaharu yang ketiga,  20 Mei depan.

Album bertajuk Chapters itu, masih meneruskan tradisinya berkolaberasi dengan nama-nama besar antarabangsa termasuk Usher, Jhene Aiko dan DJ Premier.

Dalam pada sibuk mempromosikan album terbarunya di Twitter, salah seorang peminat Yuna menarik perhatian ramai apabila selamba mengirim tweet meminta Yuna bercakap dalam Bahasa Melayu, sekaligus menjadi topik hangat dan trending di laman makro tersebut.


Dan berikut, respon Yuna yang memang win!


Walaupun kerap berbahasa Inggeris, ternyata Yuna masih mampu berbahasa Melayu dan bergurau dalam bahasa ibunda kan.. kehkeh.

Apa pun, semua orang pun maklum Yuna perlu menggunakan Bahasa Inggeris di laman sosial miliknya agar peminat yang bukan dari Malaysia juga boleh faham dan ikut berinteraksi dengannya. –Kedahnews.com