Atikah Suhaime |
Pelakon baru, Atikah Suhaime mengatakan kekasihnya memberi sokongan penuh terhadap kerjayanya dalam bidang seni, namun mereka belum terfikir soal mendirikan rumahtangga kerana mahu fokus dengan kerjaya masing-masing.
“Buat masa sekarang, belum terfikir soal nak kahwin, tapi siapa tahu rezeki itu macam mana. Kalau boleh kami berdua nak stabilkan kerjaya dahulu.
“Kekasih sangat memberi sokongan dengan apa saya lakukan sekarang. Kami berdua ingin fokus dengan kerjaya dahulu baru fikir soal lain,” katanya di majlis tayangan filem "Kipidap Selamatkan Hari Jadi".
Dalam filem tersebut Atikah memegang watak utama dan bergandingan bersama Hafreez Adam manakala Ayahanda Rani Kulup turut muncul selaku penampilan khas.
Dalam pada itu, Atikah turut mengucapkan tahniah kepada Ammar Alfian yang telah selamat mendirikan rumahtangga.
Dia dan Ammar pernah digosipkan bercinta, satu masa dahulu. –Kedahnews.com