Awie Bakal Dirikan Rumah Tangga Lagi Selepas Rozana?

PENYANYI, pelakon dan pengacara berusia 48 tahun, Awie menyatakan hasrat ingin mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas kes antara beliau dan bekas isterinya Rozana Misbun, 38; selesai.

Vokalis Wings itu walau bagaimanapun dilaporkan enggan mengulas lanjut berkaitan wanita yang ‘bakal’ beliau kahwini itu, sebaliknya akan memaklumkan kepada umum apabila tiba masanya nanti.

Menurut Awie kepada sebuah portal berita, naluri dan keinginan tersebut adalah demi anak-anak beliau dan buat masa sekarang beliau dalam proses berkenalan dengan wanita yang dirasakan layak untuk menjaga anak-anaknya.


Apabila ditanya adakah Erra Fazira wanita yang dimaksudkan itu, Awie atau Ahmad Azhar Othman dilihat hanya mampu tersenyum dan ketawa.

Pengalaman beliau dan bekas isteri Rozana dijadikan iktibar malah Awie dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 serta diminta untuk memohon maaf secara terbuka kepada Rozana. –Kedahnews.com