Sebagai membuktikan tanda cinta, pelakon Azwan Kombos sudah menghantar rombongan untuk merisik kekasihnya iaitu aktres Ezzaty Abdullah di kediaman pelakon itu di Bentong, Pahang pada Isnin.
Azwan, 31, berkata, majlis berkenaan diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
"Semalam (Isnin) saya bersama keluarga dari Sabah bertandang ke rumah Ezzaty untuk merisik dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
"Bagaimanapun kami hanya akan mengikat tali pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
Dalam pada itu, Azwan berkata, mereka enggan terus bertunang kerana pengalaman pahit yang pernah dilalui oleh Ezzaty menerusi hubungannya yang lalu.
Jelasnya, kegagalan hubungan tersebut membuatkan wanita itu lebih berhati-hati dan memilih untuk bertunang dalam masa singkat.
"Ikutkan memang hendak bertunang tetapi menghormati permintaan Ezzaty yang tidak mahu bertunang lama-lama," katanya.
Sementara itu, Azwan berkata, majlis tersebut berjalan lancar dengan mengikut adat merisik Melayu.
Azwan berkata, kedua-dua belah pihak keluarga sudah bersepakat agar majlis perkahwinan mereka diadakan penghujung tahun ini.
"Saya memberikan sebentuk cincin sebagai tanda merisik dan beberapa manisan. Majlis berjalan mengikut adat seperti ada berbalas pantun antara keluarga masing-masing.
"Keluarga kami juga bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan Insya-Allah sekitar bulan Disember nanti," ujarnya.
Ditanya tentang perasaannya, Azwan berkata, perasan dia berdebar ketika melalui langkah pertama dalam membina fasa baharu hubungan mereka itu.
"Saya gembira semua berjalan dengan baik dan sudah tentulah berdebar kerana ia melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Saya harap perancangan kami untuk membina keluarga berjalan dengan lancar seperti diharapkan," ujarnya yang berasal dari Kota Belut, Sabah.
Sumber: mStar