Shahrudin (dua, kiri) menunjukkan baja yang dijual pemilik premis. |
JERLUN - Kira-kira 317 metrik tan baja subsidi bernilai RM204,000 dirampas dalam serbuan di dua buah stor dan sebuah kediaman dekat Alor Janggus, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira 11 pagi itu, kira-kira 20 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah melakukan serbuan selepas risikan selama sebulan.
Ketika serbuan, kebanyakan pekerja premis bertindak melarikan diri melalui pintu belakang stor sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa KPDNKK Kedah.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kedah, Shahrudin Hamzah berkata, serbuan dilakukan kerana premis disyaki melakukan aktiviti jual beli baja subsidi tanpa lesen.
“Melalui siasatan, pemilik premis terlibat disyaki membeli baja subsidi iaitu urea dan sebatian kira-kira RM15 bagi setiap kampit seberat antara 20 hingga 25 kilogram (kg) dari petani tempatan.
“Selepas itu, pihak terbabit memproses baja berkenaan sebelum membuat pembungkusan semula baja campuran 50kg ke kampit lain untuk dijual,” katanya.
Difahamkan, petani menerima baja subsidi berkenaan secara percuma melalui bantuan kerajaan untuk input pertanian mereka, malah tidak dibenarkan dijual.
Katanya, pemilik premis mampu mengaut keuntungan berlipat ganda sehingga 100 peratus dari nilai asal melalui penjualan balik baja campuran pada harga RM300.
Menurutnya, sindiket dipercayai menjual semula baja campuran kampit 50kg di Kedah dan Perak, terutamanya bagi sektor perladangan kelapa sawit.
Untuk itu, katanya, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai pemilik dua stor berkenaan ditahan untuk siasatan, manakala baja subsidi dirampas.
Kira-kira 314 tan metrik baja dirampas melalui serbuan di dua stor berasingan, selebihnya 3.1 metrik tan baja di sebuah kediaman dipercayai tempat transit kira-kira lima kilometer (km) dari stor pertama dan kedua.
Shahrudin berkata, hasil siasatan mendapati pemilik kedua stor berkenaan tidak memiliki lesen untuk menjalankan perniagaan barang kawalan berjadual.
Justeru, katanya, pemilik disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan menyalahi undang-undang.
"Kes ini akan disiasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 disebabkan menjual tanpa lesen.
"Rampasan baja subsidi tanpa lesen jualan barang kawalan berkenaan merupakan kes pertama dan terbesar bagi KPDNKK Kedah, dalam tempoh ini," katanya.
Sumber: Sinar Harian