SEORANG bapa yang mungkin "gila Apple" sanggup menjual bayinya sendiri yang baru berusia 18 hari demi membeli sebuah telefon pintar iPhone model terbaru di pasaran di China.
Akibat daripada perbuatan tidak bertangggungjawabnya tersebut, lelaki tersebut dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun, manakala isterinya akan menghabiskan masa selama dua setengah tahun dalam tahanan.
Bapa "gila" itu menggunakan media sosial menghebahkan mengenai "urus niaga" jual beli bayinya dengan menawarkan sebanyak 23,000 yuan (RM14,600) untuk membeli iPhone dan sebuah motosikal berkuasa besar.
Tertuduh yang dikenali sebagai A Duan itu kemudian berjaya memperoleh pembeli selepas beberapa hari mengiklankan ‘produknya’ itu menerusi laman sosial tempatan.
Ibu bayi tersebut, Xiao Mei yang melakukan beberapa pekerjaan sampingan walau bagaimanapun bersetuju dengan tindakan gila suaminya yang mahu menjual anak mereka.
“Saya sendiri merupakan anak angkat dan ramai penduduk di kampung saya memberi anak mereka kepada orang luar untuk dibesarkan. Saya tidak tahu perbuatan kami (jual bayi) adalah salah,” kata Xiao Mei.
Pembeli itu yang tidak didedahkan identiti, dikatakan membeli bayi tersebut untuk diberikan pula kepada kakaknya.
Bayi itu kini masih berada di bawah jagaan pembelinya, namun pihak berkuasa akan menentukan siapa yang berhak menjaga kanak-kanak itu mengikut undang-undang China. –Kedahnews.com