Baru 3 Hari Ditayang, BoboiBoy Berjaya Kutip RM2 Juta

TERDAPAT kurang dari 10 filem animasi yang berjaya dihasilkan oleh studio animasi tempatan sehingga kini, bermula dengan Silat Lagenda sebagai filem pertama diikuti dengan filem lain seperti Putih, Geng: Pengembaraan bermula, War of The World: Goliath dan bermacam lagi.

Pada Khamis lalu, filem animasi Boboiboy The Movie telah memulakan tayangannya di seluruh negara selepas hampir 4 tahun melalui fasa pembangunan.

Walaupun belum cukup seminggu tayangan, pihak Animonsta telah berkongsi satu posting di akaun Facebook Boboiboy berkenaan kemaskini kutipan terkini filem tersebut.

Untuk tiga hari pertama tayangan yang bermula Khamis Lalu, mereka telah berjaya memperoleh RM 2 juta.


Pengarah filem Boboiboy, Nizam Razak sebelum ini mengatakan dia tidak meletakkan sebarang sasaran bagi kutipan filem ini.

Tetapi selepas itu, dia berkata, sasaran kutipan mereka adalah sekitar RM 12-13 juta untuk tayangan di Malaysia & Brunei, manakala RM 12-13 Juta untuk tayangan di Indonesia, menjadikan jumlah besar RM 25 Juta untuk ketiga-tiga negara ini. – Kedahnews.com