AMMAN - Seramai 14 jemaah umrah warga Palestin terbunuh manakala 36 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki terbalik di selatan Jordan, berdekatan sempadan Arab Saudi pada Rabu.
Pegawai pertahanan awam Jordan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas pemandu bas tersebut gagal mengawal kenderaan berkenaan.
Jelasnya, jumlah kematian bakal meningkat kerana terdapat penumpang yang mengalami kecederaan parah.
Kumpulan tersebut adalah jemaah umrah dari Palestin yang dalam perjalanan ke Arab Saudi.
Sumber: mStar