Batasan Aurat Umat Islam Dengan Bukan Islam

Gambar Hiasan
Soalan: Apakah batas aurat antara orang Islam dan bukan Islam walaupun mereka adalah saudara emak saya dan jantina yang sama?

* Puan Hana, Pulau Pinang.

UKE: Kedudukan aurat seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam, para ulama berselisih pendapat tentangnya. Perselisihan berlaku berpunca daripada penafsiran ganti nama (dhamir) “mereka” dalam ayat 31 Surah al-Nur yang bermaksud:
“Perintahlah (wahai Muhammad) akan wanita mukminin supaya mereka mengawasi “mereka” dan supaya mereka menjaga alat kelamin dan aurat mereka kecuali aurat yang zahir (muka dan dua tapak tangan). Dan wajib mereka memakai tudung kepala serta menutupi bahagian dada mereka.”
Mengikut suasana keadaan di Malaysia dan bagi mengelakkan fitnah serta kesesuaiannya dalam masyarakat kita, dapat disimpulkan bahawa aurat wanita Muslim dengan wanita Muslim yang lain dan wanita bukan Muslim adalah sama.

Iaitu dibolehkan wanita Islam mendedahkan rambutnya sampai bawah leher, tangannya dan dari lutut ke bawah.

Bagi bapa saudara anda yang tidak Islam adalah sama kedudukannya macam bapa saudara yang Islam. Bagi sepupu lelaki anda yang bukan Islam, wajib anda menutup aurat macam juga sepupu lelaki anda yang Islam.

Sumber: Utusan