KOTA KINABALU - Pengakuan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah seorang diktator semasa tempoh 22 tahun menjadi perdana menteri merupakan "kenyataan kurang tepat yang klasik abad ini," kata timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mendakwa bahawa Dr Mahathir adalah seorang pembuli terutama terhadap pemimpin politik Sabah.
"Semasa Dr Mahathir menyandang jawatan sebagai perdana menteri, PBS keluar dari Barisan Nasional (BN) di ambang pilihan raya umum 1994 kerana tidak berpuas hati terhadap sikap tidak ambil peduli oleh kerajaan Persekutuan berhubung isu-isu menyentuh kepentingan di Sabah," kata beliau dalam satu kenyataan di sini Selasa.
Beliau juga mendakwa bahawa Dr Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk melenyapkan kritikan. - BERNAMA