BEKAS isteri kepada penyanyi Awie Rozana Misbun menyatakan di tetap akan mengemukakan saman kepada bekas suaminya itu bagi menjernihkan kembali imejnya akibat dipukul sehingga hidungnya patah.
“Saya berasa sangat lega, permohonan maaf dari Awie itu membuktikan yang saya berada di pihak yang betul. Selama ini dia lemparkan tohmahan dan fitnah jahat kepada saya sebagai usaha mengalihkan perhatian orang terhadap pertuduhan itu”
“Saya dah lama maafkan dia, tapi bukan senang untuk kita lupakan peristiwa itu jika ia mendatangkan kesan yang pahit”
“Saya ingin jalani kehidupan selepas ini dengan tenang bersama anak-anak saya tanpa perasaan negatif yang boleh mempengaruhi emosi dan kelakuan mereka di kemudian hari”.
Menurut Rozana, dia sedang dalam proses berbincang dengan peguam umtuk meneruskan kes sivil dalam usaha menuntut ganti rugi bagi kecederaan patah hidung yang dialami olehnya. -Kedahnews.com