Almy Nadia |
Walau sering dikutuk kerana penambahan berat badan selepas melahirkan anak pertamanya, pelakon Almy Nadia akui bahawa dia langsung tidak berkecik hati dengan apa yang dilemparkan kepadanya.
“Mereka sudah tidak berguna kepada saya. Kalau saya nak terasa hati, mereka siapa dengan siapa? Mereka bukan Tuhan yang beri saya duit untuk makan atau kerja. Mereka hanya tambah dosa mereka sendiri," katanya.
Menurut Almy Nadia, beratnya yang terkini sememangnya telah turun sekitar 60 kilogram sahaja namun isteri kepada pelakon Fizz Fairuz itu enggan memuat naik gambarnya yang terkini untuk tatapan peminat.
“Saya sikit pun tak terasa, dan sebenarnya saya sudah kurus. Berat saya sudah turun sekitar 60 kilogram, cuma saya tak muatnaik di laman sosial tentang diri saya langsung.
“Memang saya sengaja tak mahu muatnaik, kerana mereka akan kutuk dan keji sebab orang tak nampak. Yang orang nampak, saya ni gemuk. Impian nak kurus dah tercapai, tetapi mengandung pula. Kami tak rancang, rezeki Allah yang bagi," katanya lagi.
Mengenai soal lakonan dan kerjaya sebagai pelakon pula, Almy menjelaskan adalah lebih wajar sekiranya dunia lakonan hari ini dibarisi pelakon baharu untuk memberi kelainan kepada penonton. -Kedahnews.com