Sherry Al-Hadad |
PELAKON Sherry Al-Hadad mengakui bersyukur kerana dirinya diterima dalam industri tanah air dan tidak menyangka dia akan diberikan watak sebagai peneraju utama bagi beberapa drama yang dibintanginya walaupun berbadan besar berbanding pelakon lain.
“Kalau dahulu pelakon yang mempunyai fizikal yang besar kurang mendapat perhatian, inikan pula mendapat peluang sebagai bintang utama”
“Kini tidak lagi, dan saya percaya mereka semakin bijak menilai bakat yang ditonjolkan bukan bergantung kepada rupa paras dan fizikal yang menarik sahaja”
Sherry mengakui gembira kerana diterima oleh mesyarakat dan peminat pada masa yang sama turut berasa risau jika ada pihak yang bosan atau jemu jika wajahnya sering dilihat menghiasi skrin.
“Kebetulan drama yang saya lakonkan semua disiarkan pada waktu lebih kurang sama, jadi jika mereka menonton televisyen, memang akan kerap melihat muka saya”
“Oleh sebab itu saya perlu berhati-hati melakonkan sesuatu watak yang diberikan kepada saya, takut nanti nampak sama di mata mereka yang menonton”.
Dia yang bakal muncul dengan sebuah teater pada bulan September tahun ini mengatakan dia berasa berbaloi dengan usahanya sejak tahun 2006 tetapi masih belum pernah puas dengan pencapaiannya setakat ini. -Kedahnews.com