Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris berkenan untuk memberikan komen berhubung isu penyanyi terkenal Yunalis Zarai atau Yuna yang ditegur peminatnya gara-gara gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam perkongsian status twit di laman makro Twitter.
Menulis di laman sosial berkenaa, Raja Zarith Sofiah menyokong Yuna memandangkan tujuan berkongsi pandangan yang lebih meluas menerusi bahasa Inggeris.
“I agree with Yuna, we write or speak in English because we want to share our thoughts, ideas and opinions with a lot more people who may be reading what we’ve written
"(Beta bersetuju dengan Yuna, bila kita menulis atau bercakap dalam bahasa Inggeris, ianya kerana kita mahu berkongsi pandangan, idea dan pendapat dengan lebih ramai orang yang mungkin membaca apa yang kita tulis)", tulis Permaisuri Johor itu.
Sebelum ini pengguna Twitter yang menggunakan tweethandle EncikKhuzairi menegur Yuna;
“Hai Yuna, awak asyik speaking je, cer cakap melayu sikit”.
Namun sindiran itu kemudiannya dibalas penyanyi berusia 30 tahun itu dalam loghat Perak;
“Ate speaking le bior deme 1 dunia paham. takkan nak bg oghang melayu je paham. Kene le share kamu ni pon kdekut benor!”.
Dalam perkembangan sama, Yuna kini sudah mengeluarkan sebuah single terbaharu berduet dengan penyanyi tersohor antarabangsa, Usher menerusi lagu berjudul Crush. -Kedahnews.com