BIARPUN ada segelintir pihak yang mengatakan sokongan generasi muda terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terkakis namun perkembangan di media sosial sewaktu ini menunjukkan sebaliknya.
Khasnya menerusi laman mikro Twitter, sejak daripada Ahad minggu ini, hastag #RespectMyPM mula menjadi trending di kalangan pengguna sosial media itu.
Tinjauan kami terhadap laman-laman Facebook pula mendapati rata-rata netizen mengunakan hashtag berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap Najib.
“Jujur aku katakan, sebelum ini aku antara insan yang paling benci Najib… tapi aku sedih bila lihat seorang ‘pemimpin’ beragama Islam yang sedang beribadah, dikecam oleh bangsa lain. Mengapa perlu jadikan agama sebagai modal politik??? Moron!!! Jijik!!! #RespectMyPM,” ujar Ahmad Zaidi Ismail.
“Sebab tu Islam melarang kita membenci @ mencintai sesuatu di dunia ini dengan berlebih2an….kita x tahu yg mana 1 lebih baik di sisiNya #RespectMyPM” kata Lanz Southern.
“Ingat benci jangan melampau.. akhirnya Allah balikkan hati kita tetiba sayang ya amat..emosi manusia fana..hari ni benci tetiba esok suka pulak #RespectMyPM” luah Siti Salamah Mohd Yusof pula.
“Gagal? Apa yang gagal? Dengar fitnah orang ka atau apa? Sebab harga minyak naik barang naik? Sekarang dah turun apasal harga x turun? Sebab nilai mata wang jatuh? Apa negara lain mata wang semuanya kukuh? Hal 1MBD? Tabung Haji? EPF? Jangan jadi bahlol main dengar2 berita orang munafik #RespectMyPM” kata Khairul Anwar.
Paling menarik apabila demam hashtag #RespectMyPM turut memenuhi di ruangan komen Facebook Perdana Menteri.
“Pelik, Kalau dulu semua yang komen akan maki-hamun, tapi hari ini penuh dengan #RespectMyPM dah macam bukan wall PM dah. Hahhahaha” tulis Abdul Rahman Kadir pula.
Apa sebenarnya yang berlaku adalah, rata-rata anak muda khususnya yang penyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat kembali ‘lembut’ dan mula menerima pendekatan sederhana yang ditujukkan oleh Najib.
Menurut pemerhati politik tindakan itu mungkin disebabkan kesilapan Mahathir yang sanggup ‘sujud’ bersama-sama pimpinan pakatan pembangkang hanya kerana mahu mengulingkan Najib. -Kedahnews.com