"Bukan Tak Boleh Tegur, Tapi Biarlah Berhemah..."


AKTRES Uqasha Senrose menyatakan bahawa dia kini sudah pun menyekat pengikut menerusi akaum laman sosial miliknya.

Dia bertindak demikian kerana tidak mahu mempunyai pengikut yang bersikap kurang ajar dan dia tidak mahu mengambil pusing hal yang tidak membawa kebaikan kepadanya ekoran isu gambarnya yang tidak bertudung.

“Benda dah lepas, biarlah ia pergi. Semua tu cerita lama. Sebagai manusia biasa, saya tak lari dari berbuat salah. Belum habis cerita baharu, timbul lagi cerita lama yang dah lepas”

“Ada orang mentalitinya suka melihat benda negatif sampai benda baik dilupakan. Bukan saya tak boleh terima teguran, kalau nak menegur biarlah berhemah” kata Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen.

Uqasha menjelaskan tindakannya itu adalah untuk dirinya sendiri dan dia mahu mengelakkan dirinya dari terkesan dengan anasir negatif. –Kedahnews.com