"Clever Girl Malaysia" Dikritik Tak Kenal Mahatma Gandhi, Mother Teresa


PROGRAM TV game show yang mencari gadis terpintar negara dengan perwatakan menarik, Clever Girl Malaysia telah mula ke udara pada Ahad, 13 Mac lepas.

Ia menyaksikan 14 peserta yang mewakili setiap negeri di Malaysia, mula  diuji kepintaran mereka.


Bagaimanapun pada episod pertama program ini bersiaran, ramai yang mempersoalkan soalan ditanya kerana dianggap terlalu mudah dan tidak mencabar minda para peserta yang datang dari pelbagai latar belakang pendidikan.
.
sc-4 sc-1-1

Paling tidak diduga ada dalam kalangan peserta tidak kenal antara Mahatma Gandhi dan Mother Teresa. Ekoran kesilapan itu, peserta terbabit teruk dikecam di laman sosial.
.
sc-5 sc-6 sc-10

Wan Zarith Sofea, peserta mewakili Johor dipercayai keliru ketika menjawab soalan pada episod pertama lalu sekaligus menjadi peserta pertama yang tersingkir.

Wan Zarith Sofea
Memandangkan episod pertama mendapat kritikan hebat daripada netizen, mungkin pihak produksi boleh mencedok beberapa idea dari program terkenal antarabangsa "Who Want To Be A Millionaires" dalam merangka soalan selepas ini. –Kedahnews.com