Gambar Hiasan |
Menerusi status pengguna Facebook, Ab Jalil Backer, dia menegaskan bahawa meskipun kehidupan keluarganya dahulu susah namun ibunya tidak pernah mencuri atau menghalalkan perbuatan yang haram di sisi agama Islam itu.
"Kebodohan apakah sekarang ini, wanita curi milo pun salah kerajaan? Zaman kecil dulu kami adik beradik pernah makan nasi dengan garam sahaja. Tidak pula emak saya menjadi pencuri ikan atau milo.
"Pencurian di pasaraya dan kedai runcit bukan aktiviti baru kerana kegiatan kecurian kecil-kecil seperti ini telah wujud sejak lama dulu.
"Otak sebahagian orang di Malaysia ini telah rosak dengan teruk. Orang curi milo pun salah kerajaan. Sedangkan kita lihat pencuri tersebut sihat segar bugar, bukannya tidak cukup makan macam mangsa kebuluran di Afrika," tulisnya.
Menurut Ab Jalil, adalah perkara biasa bagi setiap tertuduh di mahkamah untuk mencari jalan meringankan hukuman dengan cuba mencetus simpati dari Hakim.
"Kita perlu ingat orang yang didakwa di Mahkamah akan bercakap apa sahaja untuk menarik simpati hakim bagi mengurangkan hukuman," jelasnya.
Status Ab Jalil mendapat sokong ramai warga netizen lain yang bersetuju dan menyindir budaya pemikiran yang 'menghalalkan sesuatu yang haram' dan menyalahkan pihak kerajaan atas perlakuan haram di sisi agama itu.
"Sembelit pun salah kerajaan," komen Mohd Raizal Roslin di status berkenaan.
"Masa kecik dulu, biasa makan ikan kembung 2 ekor dikongsi 5 orang ahli keluarga. Tak juga smp org tua sy hilang pertimbangan menurut kehendak hati smp sanggup mencuri. Astagfirullah..." tulis Azmin Ramlie pula.
"Nak kata apa dah...jerawat tumbuh pun slh kerajaan..lewat dtg period pun tuding jari kat PM..," sindir Noriz Mel.
"
Ayat utk kurangkan hukuman mmg standard..ayat sedih.Bg kami yg slalu buat mitigation, mmg dah ada ayat standard mcm tanggung mak bapak,anak masih kecil etc," tulis Mohd Azharul pula.
Segelintir netizen sebelum itu menyalahkan pihak kerajaan yang dikatakan membuat dasar yang kononnya menekan dan menyusahkan rakyat di negara ini sehingga memaksa rakyatnya mencuri atas desakan hidup.
Agama Islam yang disampaikan Rasulullah SAW melarang keras perbuatan mencuri terutama yang membabitkan makanan ekoran ia akan menjadi darah daging bagi mereka yang memakan hasil curi tersebut.
Menegaskan tentang larangan mencuri di dalam Islam, Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis baginda yang menjelaskan bahawa jika anaknya Fatimah sekali pun mencuri, baginda akan tetap memotong tangan puteri kesayangannya itu. -Kedahnews.com