Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong dari DAP, Goh Leong San |
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong dari DAP, Goh Leong San diisytihar sebagai wakil Bebas, berkuat kuasa semalam.
Perkara itu diumumkan Speaker Dun, Datuk Wira Othman Muhammad, dalam ucapan pembukaannya pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka Ke-13, di Seri Negeri, di sini, semalam.
Leong San sebelum ini berkata, beliau tidak akan merayu kepada parti selepas Jawatankuasa Pusat DAP memutuskan untuk menggantung keahliannya selama setahun.
Konflik dalaman DAP Melaka bukan lagi perkara baru kerana sebelum ini juga ia telah menyebabkan wujudnya dua kem dalam kalangan kepimpinan negeri, di mana satu kem dikatakan diwakili Leong San, Tong Him dan Adun Bachang, Lim Jak Wong.
Sementara satu lagi kem yang diwakili Pengerusi DAP negeri, Tey Kok Kiew; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Adun Kota Laksamana, Lai Kuen Ban dikatakan lebih cenderung kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Sumber: Sinar Harian