Jika sebelum ini viral kisah abang Spiderman meniaga nasi lemak di Kelantan, kini muncul seorang lagi adiwira, Deadpool, membuka gerai jual sarapan pagi di Kota Kinabalu, Sabah.
Berkonsepkan 'street breakfast' yang semakin mendapat sambutan ramai dengan harga yang murah dan berpatutan, Deadpool sedia melayan tetamu di tepi jalan termasuk yang mahu berselfie dengannya.
Menariknya, kaedah memakai kostum "superhero" seperti itu berjaya perhatian pelanggan, membuktikan masih ada lagi rakyat Malaysia yang berfikir di luar kotak dan kreatif bagi melariskan jualan mereka.
Usaha sebegini adalah jauh lebih murni dari mencuri, mengeluh susah, merungut tertekan dan hanya pandai mengutuk pihak tertentu di media sosial.
Syabas kami ucapkan kepada Deadpool atas kreativiti dan usaha terbaik meningkatkan pendapatan di zaman serba "orang lain semua salah, aku seorang sajalah yang betul", walaupun mereka disaran dengan cadangan yang betul. -Kedahnews.com