Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Ab. Majid |
KUALA LUMPUR – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pembangkang dan menandatangani “Deklarasi Mahathir” dilihat hanya akan memecah belahkan rakyat di negara ini.
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata tindakan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jelas bercanggah dengan sistem demokrasi berparlimen yang ditentukan menerusi pilihan raya umum.
“Kegoyahan inilah akan memberi ruang kepada pihak luar untuk terus menyebabkan rakyat hidup dalam bertelagah.
“Hentikanlah pertelagahan yang berkiblatkan agenda peribadi demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat dalam negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Muzakarah Pakar “Ulama dan Alam Sekitar Kewajaran Fiqh Al-Bi’ah” di Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini hari ini.
“Saya menyokong pendirian yang pernah disuarakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu setiap perubahan kepimpinan negara perlu dilakukan melalui proses demokrasi,” katanya.
Pada Jumaat lepas, Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang memeterai deklarasi itu menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.
Termasuk dalam kumpulan itu bekas timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Presiden MCA Tun Dr. Ling Liong Sik, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan veteran DAP Lim Kit Siang.
Sementara itu Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia meminta kerajaan melucutkan semua jawatan yang dipegang Tun Dr Mahathir dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Kami menggesa kerajaan menggunakan kuasa kawalannya ke atas syarikat GLC berkenaan, untuk melucutkan jawatan Dr Mahathir selaku Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana, Penasihat Petronas dan Pengerusi Proton,” kata pengerusi kelab itu, Datuk Muhd Anuar Mohd Yunus dalam satu sidang media.
Beliau yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Temerloh, mewakili kira-kira 80 naib ketua UMNO Bahagian 1Malaysia menyerahkan memorandum menyokong kepimpinan Najib kepada Ketua Setiausaha Pejabat UMNO Azwan Aziz yang mewakili Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menerusi memorandum itu, mereka mengecam dan menolak sekeras-kerasnya segala bentuk penglibatan pemimpin semasa serta anggota UMNO yang sanggup bersetuju, bersekutu dan menurunkan tandatangan terhadap deklarasi itu.
Beliau berkata mereka turut menyarankan Majlis Tertinggi UMNO memecat keahlian Muhyiddin, Mukhriz serta veteran UMNO Tan Sri Sanusi Junid yang menyokong dan menandatangani deklarasi itu.
Di KANGAR, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyifatkan deklarasi itu satu penghinaan serta mencabul hak rakyat dalam memilih pemimpin dan kerajaan melalui proses demokrasi.
Azlan berkata deklarasi itu juga bercanggah dengan nilai dan prinsip demokrasi yang telah lama diamalkan di Malaysia.
“Deklarasi ini jelas tidak mencerminkan hasrat majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian dan kestabilan politik.
“Deklarasi ini bersifat dan beragenda peribadi individu dan kelompok tertentu.
“Malah desakan-desakan yang dibuat merupakan gerakan politik sempit yang amat dikesali, dibantah dan ditolak sekeras-kerasnya,” kata Azlan dalam kenyataan media di sini malam ini.
Azlan menggesa UMNO mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap pemimpin-pemimpin terbabit.
Katanya, UMNO Bahagian Kangar yang beliau ketuai dan kerajaan negeri menyokong setia kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan presiden UMNO, serta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. – BERNAMA