Demi Anak, Lisa Surihani Tidak Menolak Untuk Bersara

Lisa Surihani binti Mohamed
PELAKON Lisa Surihani atau nama sebenarnya Lisa Surihani binti Mohamed, 30, mengakui hidupnya berubah selepas mendirikan rumahtangga bersama Yusry Abdul Halim, lebih-lebih lagi kini apabila sudah mempunyai cahaya mata, Yahaira Leanne.

Lisa juga mengakui dia tidak menolak sebarang kemungkinan yang mendakwa dia bakal menarik diri daripada dunia hiburan.

“Sejak ada Yahaira, semuanya telah berubah. Jika dahulu keutamaan saya berbeza, sekarang semuanya berkaitan dengan anak saya.

“Mengenai kerjaya sebagai pelakon, saya kini lebih perlahan dalam bidang itu kerana mahu meluangkan masa dengan anak.


“Bila sampai masa, saya akan kembali aktif dalam dunia lakonan. Saya juga tidak menolak dakwaan yang mungkin saya akan bersara, kerana saya lebih mementingkan anak.

“Jika perlu memilih kerja dan motherhood, sudah tentu saya akan memilih motherhood. Tetapi saya tidak meletakkan jangka masa waktu untuk meninggalkan dunia lakonan,” katanya.

Namun Lisa juga menekankan dia tidak berasa ralat jika meninggalkan industri hiburan kerana namanya tidak berdepan sebarang kontroversi. – Kedahnews.com