PENGASAS Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyelar tindakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang memberitahu pihak media bahawa Anwar Ibrahim meminta bantuannya untuk memulihkan hubungan keluarga beliau dengan Dr Mahathir.
Menerusi satu posting di Facebook hari ini Chegubard berkata, kenyataan tersebut adalah satu penipuan kerana Khairuddin sudah lama dikenali sebagai ‘kaki pusing’ dan ‘kaki black mail’.
Tambahnya, Khairuddin yang baru kini mengaku sepupu Anwar adalah invidu yang menerbitkan buku “50 Dalil” yang menghuru harakan negara dan hampir hancurkan keluarga Anwar satu waktu dahulu.
Selain itu Khairuddin juga merupakan individu yang menguruskan saksi-saksi untuk pertuduhan Kes Liwat kali pertama ke atas Anwar.
Chegubard turut mempertikaikan siapa membayar hutang Khairuddin yang diisytiharkan muflis oleh mahkamah apabila beliau kini sudah boleh ke luar negara dan memandu kereta mewah.
“Dia ni dikenali sebagai kaki pusingnya dan ‘black mail’. Baru ni dia bankrap sebab meniaga “buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap”.
"Bila bankrap nak guna title jawatan dalam Umno dapat bantuan malangnya Najib tak pedulikan dia maka dia bijak hidu peluang pergi ke Mahathir jadi hero.
"Mahkamah istihar dia muflis tapi siapa bayar hutang bank dia yang banyak tu tiba-tba dapat balik pasport untuk ke luar negara?
"Muflis tapi berjalan mewah keliling dunia hanya kerana jadi hero Mahathir malah dia sekarang bawa kereta mewah Mahathir ke hulu ke hilir,” tulis Chegubard.
Tambahnya, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak akan hadir program yang dihadiri Mahathir esok dan para penyokong Anwar diharapkan faham itu adalah isyarat (pendirian) keluarga Anwar.
“Mahathir hanya gunakan keadaan ini untuk kehendaknya ditunaikan. Lepas itu dia akan pijak pembangkang semula,” kata Chegubard.
Dalam satu kenyatan kepada portal pro-pembangkang Khamis lalu, Khairuddin yang merupakan sepupu Anwar mendakwa ada bertemu mantan Ketua Pembangkang tersebut selama 10 minit sewaktu di penjara.
Ketika pertemuan tersebut Anwar dikatakan meminta bantuannya untuk memulihkan kembali hubungan keluarga beliau dengan Mahathir. –Kedahnews.com